Syarat & Terma
Dengan membuat tempahan, pelanggan dianggap bersetuju dengan syarat berikut :
Tempahan & Pembayaran
1. Tempahan hanya disahkan selepas bayaran dibuat (deposit/penuh)
2. Bayaran penuh perlu dijelaskan 1 minggu sebelum tarikh penghantaran bermula.
3. Tempahan adalah berdasarkan slot terhad (first come, first serve)
Pakej & Menu
1. Menu harian ditentukan oleh pihak DailyMeals.
2. Perubahan menu boleh berlaku tanpa notis bergantung kepada ketersediaan bahan.
3. DailyMeals tidak menyediakan menu khas (diet/allergy) kecuali dimaklumkan lebih awal dan tertakluk ketersediaan stok bahan mentah.
Penghantaran
1. Penghantaran dibuat mengikut kawasan liputan yang telah ditetapkan.
2. Caj penghantaran adalah berdasarkan jarak (serendah RM2.50/trip).
3. FREE delivery hanya untuk radius 5km dari Seksyen 7, Shah Alam.
4. Waktu penghantaran adalah dalam slot masa yang ditetapkan (bergantung kepada laluan rider).
5. Kelewatan mungkin berlaku disebabkan faktor luar kawalan (cuaca, trafik dll).
Kehadiran & Penerimaan
1. Pelanggan perlu memastikan ada penerima di lokasi semasa penghantaran.
2. Sekiranya tiada penerima, makanan akan ditinggalkan di lokasi yang dipersetujui dan dianggap selesai dihantar.
3. Tiada penggantian untuk penghantaran yang gagal disebabkan ketiadaan penerima.
Pembatalan & Refund
1. Pembatalan perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya 1 hari sebelum penghantaran.
2. Bayaran tidak akan dipulangkan untuk tempahan yang telah bermula.
3. Sebarang refund adalah tertakluk kepada budi bicara pihak DailyMeals.
Penangguhan / Perubahan
1. Permintaan untuk tangguh atau tukar tarikh perlu dimaklumkan lebih awal.
2. Tertakluk kepada kekosongan slot dan kelulusan pihak DailyMeals.
Lain-lain
1. DailyMeals berhak mengubah mana-mana syarat tanpa notis awal.
2. Segala keputusan pihak DailyMeals adalah muktamad.